Assalamu'alaikum warahmatullah,
Malam ni dipenuhi kabus, seolah-olah berada pada subuh hari yang sejuk.
Waktu baru menunjukkan lebih kurang pukul 10.
Cuma bezanya kali ini, kabusnya bukanlah disebabkan sejuknya hari, tetapi dek bedilan-bedilan mercun yang tanpa henti bermula Maghrib lagi. Kelam dibuatnya...
Bau kabalt merata-rata.
Jemaah yang sedang bersolat sunat Tasbih tersentak-sentak dalam kekhusyukan (???).
Mengapalah budak-budak ni tidak mengerti, tidak serik-serik?
Ishh...
Esok kita berhari raya.
Musuh-musuh telahpun menyusup di mana-mana.
Ada yang sedar, tapi ramai yang tidak sedar.
Yang sedar pun boleh tertewas seketika, apatah lagi yang tidak sedar.
Malangnya...
Manusia berbondong-bondong di bandar.
Biasalah, kerja 'last minute'.
Kopiah, kek dan biskut baru mahu dibeli.
Ada yang sengaja menyesakkan diri di tengah kumpulan manusia yang ramai.
Tetapi, mereka tidak sedar.
Di situlah musuh paling banyak menyusup. Menembak sasaran-sasaran yang lemah.
Nampaknya bulan Ramadhan masih belum mendidik diri.
Benteng yang dibina begitu rapuh. Itupun kalau ada yang membina.
Hurmm...
Manusia.
Cepatlah jadi agen bersama-samaku.
-

