Tuesday, November 11, 2008

Yahoo!

Satu perkara yang agak saya tidak puas hati setakat ini adalah Yahoo! Mail. Sering kali mengundang kesukaran untuk saya menyemak emel-emel terbaru mahupun menghantar emel-emel penting. Selepas memasukkan username dan password, perkhidmatannya hang begitu sahaja.

Aduh.. Sungguh mencelarukan minda nih. Haru-biru jadinya..
Hanya membuka ruang untuk musuh-musuh bertindak atas kelemahanku mengawal diri ini..

Jangan! Jangan!

Jangan biarkan mereka menguasai suasana dan keadaan. Kembalilah kuasai dirimu. Mintalah perlindungan kepada Allah SWT, Tuhan sekalian makhluk, daripada kejahatan bisikan beracun si musuh itu..

Ok. Tidaklah saya pasti sama ada masalah ini berpunca daripada sambungan internet wireless dekat sini ataupun masalah perkhidmatan Yahoo! Mail itu sendiri. Sesetengah orang kata, "ok je" dengan akaun mereka. Masalahnya, saya yang tidak ok..

Oh, diriku seringkali ketinggalan berita-berita penting...

Cross-referencing

"Rujuk Silang"


Begitulah bunyinya istilahnya dalam Bahasa Melayu.
Sebenarnya istilah itu terpancul kembali dalam ingatan tatkala membaca posting terbaru seorang saudara saya. Di sini tidaklah menjadi niat saya untuk mengulas panjang kerana bab-bab mengulas panjang ni saya lebih suka serahkan kepada my big brother. Catatan di sini hanyalah untuk mengingatkan my brother untuk mengulas/mengolah pada masa akan datang, jikalau dia mahu.

Ok. Proses cross-refencing ini pernah saya pelajari dalam beberapa siri kuliah tidak lama dahulu (mungkin 2 tahun yang lepas). Dan, saya cukup setuju dengan cara itu sebenarnya untuk kita menilai kebenaran, bukan setakat memudahkan pemahaman subjek yang dipelajari.

Jadi, betullah jika saudara saya itu mengatakan kita perlu merujuk kepada sumber yang lebih terjamin keshahihannya (hardware..) berbanding hanya menjadikan satu sumber (software..) sebagai tempat rujukan segala perkara. Mungkin sesuatu sumber itu (software..) berguna buat melakukan beberapa perkara dengan lebih efisyen, tetapi perlulah diingat, kita inginkan maklumat yang shahih dalam setiap yang kita kemukan/gunakan.

Alright..

Dah panjang. Biar my brother pula yang ulas, lain kali, pada lain masa.
Marilah kita sama-sama beringat, musuh kita sentiasa sedaya upaya menyerang kita dari segenap arah. Janganlah kita diperdayakan si musuh itu. Acap kali si musuh itu cuba membuatkan kita melihat baik sesuatu perbuatan kita yang buruk..macam-macam hujah terpancul entah dari mana untuk merasionalkan perbuatan kita yang sebenarnya terang-terang salah..

Berhati-hatilah.. si musuh tidak pernah mengenal erti kepenatan. Setiap masa dan ketika, mereka setia menjalankan tugas zaman-berzaman. Merekalah musuh kita yang nyata.. As-Syaiton..

Friday, November 7, 2008

Amacam?

Rasa macam seronok pula bereksperimen dengan ujian begini... suka-suka.. Maka, mencubalah lagi diri ini. Hehe.. Ujian berasaskan corak. Di bawah adalah corak yang saya rasa sedikit berkenan di hati berbanding lain-lain corak. Keputusannya adalah seperti di bawah. Hmm...amacam?

Peaceful, Discreet, Non-Aggressive

Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif


Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendiri. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

You are easy-going yet discreet. You make friends effortlessly, yet enjoy your privacy and independence. You like to get away from it all and be alone from time to time to contemplate the meaning of life and enjoy yourself. You need space, so you escape to beautiful hideaways, but you are not a loner. You are at peace with yourself and the world, and you appreciate life and what this world has to offer.

Begitukah?

Career Inventory Test Results

Extroversion |||||||||||||||||| 53%
Emotional Stability |||||||||||||||||||||||| 80%
Orderliness |||||||||||||||||| 60%
Altruism ||||||||||||||| 50%
Inquisitiveness ||||||||||||||||||||| 70%

You are a Planner, possible professions include - management consultant, economist, scientist, computer programmer, environmental planner, new business developer, curriculum designer, administrator, mathematician, psychologist, neurologist, biomedical researcher, strategic planner, civil engineer, intellectual properties attorney, designer, editor/art director, inventor, informational-graphics designer, financial planner, judge.
Take Free Career Test
personality tests by similarminds.com

Sebenarnya, ketika sedang merayau-rayau ke blog orang lain, tetiba jumpa benda alah di atas. Maka, mencubalah aku..

Entah betul atau tidak, tidaklah pasti.

Manusia sememangnya makhluk yang dinamik (??). Ada masanya ia akan berubah. Ia tidak selama-lamanya dengan sikap dan pemikiran yang sama. Mungkin ada manusia yang sikapnya tidak berubah-ubah daripada kecik hinggalah ke besar, dan mati. Tetapi, bagi seseorang muslim, perubahan itu sepatutnya berlaku. Dan perubahan itu adalah berdasar kepada sejauh mana peningkatan tahap pemahamannya terhadap agama (Islam) sehari-harian yang akhirnya terjemah (bersebati) sebagai amalnya... Seorang muslim mestilah mempunyai target untuk menjadi orang yang betul-betul bertaqwa di sisi Allah SWT. Jadi, kerna itulah dia perlukan perubahan sama ada pada sikap, pemikiran dll.

Jadi mungkin itulah yang boleh diterjemahkan kepada pesanan 'laman ujian' itu selepas memberi keputusan di atas...

Keep in mind, your results are dependent on the accurate truth of your responses. Your scores and type, over the long term, will change as you do.

Sekadar pendapat sepintas lalu sahaja...

Thursday, October 16, 2008

Jammed!

Aliran trafik nampaknya bergerak laju dan banyak dalam satu-satu masa. Tetapi saluran yang ada begitu sempit menampungnya. Alamak! Jammed! Jammed!
Aliran perlu dikawal dengan segera. Yang berkenderaan besar, bergerak ke tepi dahulu. Bagi kepada yang berkenderaan kecil. Argh! Habis tu, tak bergeraklah yang besar. Aduh! Macam mana ni?
Kekusutan perlu dileraikan...
Punca perlu dicari.
Penyelesaian mestilah juga diberi.
Agar senang pada kemudian hari..
Apa puncanya ye...?
Kembali termenung. Hanya bunyi kipas dan keyboard terketik yang kedengaran..

Monday, October 13, 2008

Mulakan hari dengan Ceria!

Assalamu'alaikum warahmatullah,
Semoga rahmat dan kasih-sayang Yang Maha Esa terus-menerus memayungi kita semua yang mahu beriman,

Pagi ini agak cerah cuacanya.
Aku pun mengharapkan perjalanan hidupku hari ini adalah secerah mentari pagi itu.
Akan aku lakarkan hari ini dengan lakaran yang membantu aku memperoleh perhatian dan rahmatNya nanti.
Aku mahu mulakan hari ini dengan langkah yang lebih meyakinkan.
Menderap langkah mengharungi kehidupan ini dengan lebih bersemangat.
Bertempur habis-habisan melawan musuh dalam dan musuh luar.
Menyahut seruan orang yang menyeru kepada keredhaan Allah SWT.
Moga aku dan saudara sekalian lebih tabah hari ini dan hari seterusnya, insya Allah.

"Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata." -An-Nisa':120

Akhirnya...

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Sedikit kegembiraan petang ini.
Dia sudah tidak merajuk lagi...
Aku sahaja yang tidak berusaha memujuknya sebelum ini.
Walaupun kutahu masalahnya, tetapi entahlah...
Kubiarkan begitu sahaja rajuknya. Yang susahnya, aku juga...
Hari ini, petang ini, setelah dirujuk pakar, maka kendurlah rajuknya.
Bagus, bagus...
Semoga senang kerjaku nanti.

Apa khabar pembaca sekalian? Semoga baiklah hendaknya bersama taqwa yang masih lagi menggerakkan momentumnya semenjak Ramadhan yang lepas.
Kadang-kadang, seharian tanpa berjumpa orang ramai terasa keharuan diri ini.
Macam mana tidaknya, hendak berbual tiada regunya, hendak makan tiada penemannya.
Terseksa minda.
Tetapi, hari ini sedikit kegembiraan, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini; dia tidak merajuk lagi!
Bukan, bukan kerana perkara itu, tetapi kegembiraan itu tertumbuh hasil perbicaraan dengan manusia-manusia di luar sana.
Di celah-celah ragam manusia yang pelbagai, ternyata di sana masih ada lagi mereka yang mempunyai budi.
Tadi jumpa seorang budak India, pemujuk si dia, seorang tauke Cina, lelaki dalam lingkungan umur akhir 40-an dan seorang Pakistan, penjual aiskrim sekitar Taman Sri Pulai.
Walaupun sekejap, tetapi saya merasakan keseronokan dapat berbual dengan mereka. Dapat sapa-menyapa, saling tersenyum dan yang pastinya dapat berkenalan.
Semoga daripada pertemuan itu dapat lebih membuka mindaku akan mereka yang di luar sana. Asyik terperuk dalam kampus sahaja, terasa terjerut minda ini..

Hmm...
Tidak sabar rasanya hendak berjumpa para pelatihku..
Medan untuk aku berbual, berkongsi dan yang paling penting, berlatih dan melatih.
Seronoknya..
Malangnya, pada sudut lain, si musuh terus memperdaya dan menghasut.
"Tidak payah jumpa, tangguh dulu, panjang lagi masa.."
Ahh! Musuh itu mesti dilawan. Namanya pun 'musuh'.
-------
I'm waiting my big brother to update his blog actually...
Maybe he is busy now..

Att: si dia adalah Honda EX5ku.. :)

Friday, October 10, 2008

Laparnya...

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Hari raya 'Eidulfitri baru sahaja berlalu. Mungkin di Malaysia ini masih ramai orang yang menyambutnya. Maklumlah, "puasa sebulan, raya pun kena sebulanlah," kata mereka itu.

Musuh terus berkeliaran, mencari sasaran yang rapuh bentengnya.
Tapi kita masih terleka membuat persiapan.
Raya sampai kesudah. Entah mengerti atau tidak, "Mengapa aku menyambut hari raya?"
Benteng yang sedia rapuh terus terabai.
Hanya segelintir yang masih bermata celik.
Terus mengumpul kekuatan memperkuatkan benteng, menghampakan musuh laknatullah.
Tapi si musuh tidak berputus asa...

Laparnya perut...
Seharian tidak terisi dengan makanan mengenyangkan.
Bukannya puasa 6, tetapi memang malas mencari makan!
Bukan, motor yang merajuk sebenarnya.
Bak kata seorang saudara, motor merajuk sebab tuannya malas jaga. (Eh, betulkah?)

Attention!
Kepada yang belum menghabiskan puasa 6, teruskan usaha anda...
[pesanan di atas adalah turut termaktub kepada diri sendiri]
Kita sama-sama usaha agar benteng taqwa yang dibina tatkala Ramadhan, terus utuh dan teguh dari hari ke hari.
Gambatte!

Remember your silent enemy (ies). Watch out!

Tuesday, September 30, 2008

Malam yang kelam...

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Malam ni dipenuhi kabus, seolah-olah berada pada subuh hari yang sejuk.
Waktu baru menunjukkan lebih kurang pukul 10.
Cuma bezanya kali ini, kabusnya bukanlah disebabkan sejuknya hari, tetapi dek bedilan-bedilan mercun yang tanpa henti bermula Maghrib lagi. Kelam dibuatnya...
Bau kabalt merata-rata.
Jemaah yang sedang bersolat sunat Tasbih tersentak-sentak dalam kekhusyukan (???).
Mengapalah budak-budak ni tidak mengerti, tidak serik-serik?
Ishh...

Esok kita berhari raya.
Musuh-musuh telahpun menyusup di mana-mana.
Ada yang sedar, tapi ramai yang tidak sedar.
Yang sedar pun boleh tertewas seketika, apatah lagi yang tidak sedar.
Malangnya...

Manusia berbondong-bondong di bandar.
Biasalah, kerja 'last minute'.
Kopiah, kek dan biskut baru mahu dibeli.
Ada yang sengaja menyesakkan diri di tengah kumpulan manusia yang ramai.
Tetapi, mereka tidak sedar.
Di situlah musuh paling banyak menyusup. Menembak sasaran-sasaran yang lemah.
Nampaknya bulan Ramadhan masih belum mendidik diri.
Benteng yang dibina begitu rapuh. Itupun kalau ada yang membina.
Hurmm...
Manusia.

Cepatlah jadi agen bersama-samaku.

Saturday, September 27, 2008

Hati-hati...

Seperti mana tajuk di atas, maka berhati-hatilah wahai pengunjung sekalian.
Musuh anda akan berada di mana-mana dalam masa beberapa hari lagi.

Get ready!

Masa persiapan yang terakhir ini silalah manfaatkan sepenuhnya. Binalah benteng pertahanan anda sekukuh-kukuhnya agar ampuh dek bidasan musuh itu. Gunalah juga masa yang masih berbaki ini untuk meningkatkan kuasa anda.

What! My power? Where is that?
Oh, pity you...
You doesn't know where your power is. So, how you want to fight the enemy (ies)?
Don't worry. I'll tell you the secret (not secret actually).
Your power is your kalb. Remember what Rasulullah SAW has said.

"..dalam badan manusia ada seketul daging. Jika rosaknya ia, maka rosaklah badan itu. Ketahuilah, itulah kalb (hati).."

And the enemy is the syaitan!

Berakhirnya Ramadhan ini, maka bebaslah ia kembali membuat tipu daya buat menjerat mereka yang terlalai.

Be careful!

Musuh itu bukan sembarangan. Ia musuh yang begitu licik. Ia telah terlatih sejak zaman-berzaman lagi. Pelbagai taktik telah ia pelajari. Ia boleh memanfaatkan setiap kelemahan anda semaksimum mungkin.
Dan, sudah ramai manusia yang tewas dan bersedia bertempur bagi pihaknya, tanpa sedar.
Kader-kader musuh laknatullah itu berada di mana-mana.
Mungkin jika mereka betul-betul (bersungguh-sungguh) mengambil peluang pada Ramadhan ini- yang mana mereka terlepas daripada dipengaruhi si musuh itu- mereka sebenarnya boleh membersihkan kembali pengaruh jahat itu dan bertukar menjadi tentera kaum muslimin. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya...

And, finally, wish you all Selamat Hari Raya 'Eidulfitri,
Again, be careful. They are coming!


Pautlah pergantungan kepada Tuhan Yang Esa, Allah SWT agar tipu daya musuh itu menjadi lemah dan tidak memberi kesan kepada anda. Prepare yourself!

Friday, September 26, 2008

Silent Agent

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Menemui para pengunjung yang bertandang,
Hari ini, sebuah lagi blog diwujudkan untuk mewarnai dunia gergasi internet ini dengan warna-warna yang ceria dan tenteram, insya Allah.

I'm the agent and you also should be the agent...
Prepare yourself~

Di sini, saya suka menggalakkan perbincangan daripada pengunjung sekalian agar tiada yang memendam rasa mahupun yang tersalah faham. Jadi, sama-samalah kita mengambi manfaat setiap apa baik di sisiNya dan saling menegur apa yang buruk di sisiNya.

Ok, let's blogging!