Semoga rahmat dan kasih-sayang Yang Maha Esa terus-menerus memayungi kita semua yang mahu beriman,
Pagi ini agak cerah cuacanya.
Aku pun mengharapkan perjalanan hidupku hari ini adalah secerah mentari pagi itu.
Akan aku lakarkan hari ini dengan lakaran yang membantu aku memperoleh perhatian dan rahmatNya nanti.
Aku mahu mulakan hari ini dengan langkah yang lebih meyakinkan.
Menderap langkah mengharungi kehidupan ini dengan lebih bersemangat.
Bertempur habis-habisan melawan musuh dalam dan musuh luar.
Menyahut seruan orang yang menyeru kepada keredhaan Allah SWT.
Moga aku dan saudara sekalian lebih tabah hari ini dan hari seterusnya, insya Allah.
"Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata." -An-Nisa':120
No comments:
Post a Comment