Satu perkara yang agak saya tidak puas hati setakat ini adalah Yahoo! Mail. Sering kali mengundang kesukaran untuk saya menyemak emel-emel terbaru mahupun menghantar emel-emel penting. Selepas memasukkan username dan password, perkhidmatannya hang begitu sahaja.
Aduh.. Sungguh mencelarukan minda nih. Haru-biru jadinya..
Hanya membuka ruang untuk musuh-musuh bertindak atas kelemahanku mengawal diri ini..
Jangan! Jangan!
Jangan biarkan mereka menguasai suasana dan keadaan. Kembalilah kuasai dirimu. Mintalah perlindungan kepada Allah SWT, Tuhan sekalian makhluk, daripada kejahatan bisikan beracun si musuh itu..
Ok. Tidaklah saya pasti sama ada masalah ini berpunca daripada sambungan internet wireless dekat sini ataupun masalah perkhidmatan Yahoo! Mail itu sendiri. Sesetengah orang kata, "ok je" dengan akaun mereka. Masalahnya, saya yang tidak ok..
Oh, diriku seringkali ketinggalan berita-berita penting...
-
