Thursday, October 16, 2008

Jammed!

Aliran trafik nampaknya bergerak laju dan banyak dalam satu-satu masa. Tetapi saluran yang ada begitu sempit menampungnya. Alamak! Jammed! Jammed!
Aliran perlu dikawal dengan segera. Yang berkenderaan besar, bergerak ke tepi dahulu. Bagi kepada yang berkenderaan kecil. Argh! Habis tu, tak bergeraklah yang besar. Aduh! Macam mana ni?
Kekusutan perlu dileraikan...
Punca perlu dicari.
Penyelesaian mestilah juga diberi.
Agar senang pada kemudian hari..
Apa puncanya ye...?
Kembali termenung. Hanya bunyi kipas dan keyboard terketik yang kedengaran..

Monday, October 13, 2008

Mulakan hari dengan Ceria!

Assalamu'alaikum warahmatullah,
Semoga rahmat dan kasih-sayang Yang Maha Esa terus-menerus memayungi kita semua yang mahu beriman,

Pagi ini agak cerah cuacanya.
Aku pun mengharapkan perjalanan hidupku hari ini adalah secerah mentari pagi itu.
Akan aku lakarkan hari ini dengan lakaran yang membantu aku memperoleh perhatian dan rahmatNya nanti.
Aku mahu mulakan hari ini dengan langkah yang lebih meyakinkan.
Menderap langkah mengharungi kehidupan ini dengan lebih bersemangat.
Bertempur habis-habisan melawan musuh dalam dan musuh luar.
Menyahut seruan orang yang menyeru kepada keredhaan Allah SWT.
Moga aku dan saudara sekalian lebih tabah hari ini dan hari seterusnya, insya Allah.

"Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata." -An-Nisa':120

Akhirnya...

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Sedikit kegembiraan petang ini.
Dia sudah tidak merajuk lagi...
Aku sahaja yang tidak berusaha memujuknya sebelum ini.
Walaupun kutahu masalahnya, tetapi entahlah...
Kubiarkan begitu sahaja rajuknya. Yang susahnya, aku juga...
Hari ini, petang ini, setelah dirujuk pakar, maka kendurlah rajuknya.
Bagus, bagus...
Semoga senang kerjaku nanti.

Apa khabar pembaca sekalian? Semoga baiklah hendaknya bersama taqwa yang masih lagi menggerakkan momentumnya semenjak Ramadhan yang lepas.
Kadang-kadang, seharian tanpa berjumpa orang ramai terasa keharuan diri ini.
Macam mana tidaknya, hendak berbual tiada regunya, hendak makan tiada penemannya.
Terseksa minda.
Tetapi, hari ini sedikit kegembiraan, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini; dia tidak merajuk lagi!
Bukan, bukan kerana perkara itu, tetapi kegembiraan itu tertumbuh hasil perbicaraan dengan manusia-manusia di luar sana.
Di celah-celah ragam manusia yang pelbagai, ternyata di sana masih ada lagi mereka yang mempunyai budi.
Tadi jumpa seorang budak India, pemujuk si dia, seorang tauke Cina, lelaki dalam lingkungan umur akhir 40-an dan seorang Pakistan, penjual aiskrim sekitar Taman Sri Pulai.
Walaupun sekejap, tetapi saya merasakan keseronokan dapat berbual dengan mereka. Dapat sapa-menyapa, saling tersenyum dan yang pastinya dapat berkenalan.
Semoga daripada pertemuan itu dapat lebih membuka mindaku akan mereka yang di luar sana. Asyik terperuk dalam kampus sahaja, terasa terjerut minda ini..

Hmm...
Tidak sabar rasanya hendak berjumpa para pelatihku..
Medan untuk aku berbual, berkongsi dan yang paling penting, berlatih dan melatih.
Seronoknya..
Malangnya, pada sudut lain, si musuh terus memperdaya dan menghasut.
"Tidak payah jumpa, tangguh dulu, panjang lagi masa.."
Ahh! Musuh itu mesti dilawan. Namanya pun 'musuh'.
-------
I'm waiting my big brother to update his blog actually...
Maybe he is busy now..

Att: si dia adalah Honda EX5ku.. :)

Friday, October 10, 2008

Laparnya...

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Hari raya 'Eidulfitri baru sahaja berlalu. Mungkin di Malaysia ini masih ramai orang yang menyambutnya. Maklumlah, "puasa sebulan, raya pun kena sebulanlah," kata mereka itu.

Musuh terus berkeliaran, mencari sasaran yang rapuh bentengnya.
Tapi kita masih terleka membuat persiapan.
Raya sampai kesudah. Entah mengerti atau tidak, "Mengapa aku menyambut hari raya?"
Benteng yang sedia rapuh terus terabai.
Hanya segelintir yang masih bermata celik.
Terus mengumpul kekuatan memperkuatkan benteng, menghampakan musuh laknatullah.
Tapi si musuh tidak berputus asa...

Laparnya perut...
Seharian tidak terisi dengan makanan mengenyangkan.
Bukannya puasa 6, tetapi memang malas mencari makan!
Bukan, motor yang merajuk sebenarnya.
Bak kata seorang saudara, motor merajuk sebab tuannya malas jaga. (Eh, betulkah?)

Attention!
Kepada yang belum menghabiskan puasa 6, teruskan usaha anda...
[pesanan di atas adalah turut termaktub kepada diri sendiri]
Kita sama-sama usaha agar benteng taqwa yang dibina tatkala Ramadhan, terus utuh dan teguh dari hari ke hari.
Gambatte!

Remember your silent enemy (ies). Watch out!