Saya semakin menghampiri kepada suatu kesimpulan yang penting, "berbincanglah".
Acapkali keributan pelbagai pendapat, perbezaan ataupun khabar-khabar angin menjadi lebih parah dan memburukkan hasil timbulnya sangkaan-sangkaan yang tidak sepatutnya. Walaupun Allah SWT telah memperingatkan manusia supaya tidak saling bersangka (lihat surah Al-Hujurat), manusia masih lagi mahu bersangka. Rasanya berulang-ulang kita saling peringatkan dengan ayat-ayat itu, tetapi akhirnya, ia tetap berlaku. Tidaklah saya bermaksud menujukan kepada sesiapa kenyataan tersebut, tetapi semata-mata kepada diri sendiri yang sering kali rasanya terlepas bersangka kepada orang lain.
Maka, saya rujuk kembali kepada artikel oleh Ustaz Zaharuddin, sebagai muhasabah.
Sebagai salah satu usaha lain untuk mengelakkan timbulnya sangkaan-sangkaan yang tidak sepatutnya, maka berbincanglah bersama mereka yang sepatutnya (yang di-tersalah sangka terutamanya) dengan penuh rasa mahabbah dan berlaku adillah dalam meletakkan suatu keputusan/pandangan.
Ingatlah, syaitan sentiasa mencari-cari ruang untuk menggelincirkan anak Adam a.s dari landasan kebenaran..
-
No comments:
Post a Comment